Monday, February 16, 2009

Telur

Subjek : Moral/Hygiene
Tajuk : Alat-alat untuk menjaga kebersihan diri sendiri.
Hari ini murid-murid saya belajar tentang alat-alat untuk menjaga kebersihan diri sendiri.Tajuk yang sangat menarik kerana murid-murid saya punya idea dan cerita yang menarik untuk dikongsi bersama.Sangat bijak mereka semua.Tapi dalam kebijaksaan mereka itu,ada juga yang mampu menguji minda dan kesabaran saya.Ikuti kisah selanjutnya di bawah :p
Latihan 2 : Bulatkan gambar yang menunjukan perbuatan untuk menjaga kesihatan tubuh badan kita.
Gambar no.2 ialah MAKAN DENGAN BANYK MAKANAN YANG MANIS
Jawapannya : Tidak perlu dibulatkan.Murid-murid saya pandai memberi hujah-hujah yang bernas kenapa jawapan itu salah.Tapi ada satu jawapan daripada anak murid saya yang sangat kreatif dan agak kurang sopan di dengar :p
Teacher Shikin : Kenapa kita tidak boleh makan makanan yang manis?
Haikal : Teacher,kalau kita makan makanan manis dengan banyak
nanti 'telur' kita jadi gatal-gatal.
Teacher Shikin : Telur apa? (Huh..blur..apa kaitan telur?)
Haikal : Ni..(sambil tunjuk kat bawah tu...)
Teacher Shikin : Haikal nak teacher tarik lidah tu bagi panjang?
Haikal : (Senyap..muka hairan..apakah?)*garu kepala
Adoi...kelakarkah?muhahmuhaha..kelakarlah..sebabnya bila balik rumah,cerita pada family saya,mereka semua gelak pecah perut!~Emak saya lagi kreatif..dia sambungkan cerita 'telur' itu menjadi.....
Emak saya : Gatal sebab semut urung dan gigit kat telur dia.
Teacher Shikin : Ekeleh....wakawakawakawakwaka....
Kawan saya : Hahahahahahaha..nak pecah perut den!
Abah saya : Wakawakawakawaka.....hahahahahahahaha
Serius,saya pada mulanya kurang faham dengan perkataan 'telur' itu.Kalau ikut logic..memang tak ada kaitan langsung dengan MAKANAN MANIS! Nasib baik dia tak buka seluar...kalau tak,lama dah kena sunat!!Hahaha...
kata abahmoo : angguk-angguk..geleng-geleng..tunduk-tunduk...
PLEASE DO NOT TALK NONSE WITH YOUR CHILDREN!






No comments:

Post a Comment